21 Jan 2014

Mesyuarat Pengurusan Zon Trong kali 1 /2014




Mesyuarat Pengurusan Zon Trong telah dijalankan di SK Bendang Siam, pada 21 Januari 2014.
Semua Guru Besar Zon Trong telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Penolong PPD R Larut Matang dan Selama iaitu Tn. Hj. Mohd Radhi b. Hj. Ismail turut hadir dan telah memberikan ucapan serta nasihat dan panduan kepada Guru Besar Zon Trong. En. Abdul Aziz b. Ahmad YDP MGB Larut Matang dan Selama turut sama hadir.

20 Jan 2014

Makluman - Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan MGB Zon Trong kali 1/2014

Perhatian kepada semua Guru Besar Zon Trong.
Mesyuarat Pengurusan Sekolah Zon Trong sesi 1/2014 akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh                :  21 Januari 2014
Masa                 :  2.30 petang
Tempat              :  SK Bendang Siam

Semua Guru Besar Zon Trong dijemput hadir bagi mesyuarat tersebut.
Tetamu Kehormat pada mesyuarat tersebut adalah Tuan Haji Radzi b. Hj Ismail, Penolong PPDR, Larut Matang dan Selama. Turut hadir ialah YDP MGB LMS , En. Abdul Aziz b.Ahmad



2 Jan 2014

Mesyuarat Exco MGB Larut Matang dan Selama

Pada 18-20 Disember 2013 yang lalu, MGB LMS telah mengadakan mesyuarat akhir tahun 2013 di KL International Hotel, Kuala Lumpur.Turut sama menghadiri mesyuarat tersebut dan memberi taklimat ialah, Penyelia Sekolah LMS, Tuan Haji Radzi, Ketua Unit Akademik LMS En. Erman dan Penolong Pengarah Sekolah Rendah, Tuan Haji Ghulam Muzamil.

























19 Dec 2013

Mesyuarat MGB LMS




Mesyuarat Akhir Tahun MGB LMS di KL International Hotel pada 18 - 20 Disember 2013. Taklimat house keeping

12 Sept 2013

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Zon Trong

Taklimat SPS bagi sekolah-sekolah dalam Zon Trong telah diadakan pada 11,12 September 2013 di PKG Zon Trong. Taklimat yang dianjurkan oleh PKG Trong telah dihadiri oleh semua sekolah dalam Zon Trong. Para peserta terdiri daripada Guru Data dan Guru Penyelaras Bestari. Taklimat tersebut telah disampikan oleh Pn. Sofiah bt. Harun, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Taiping.








29 Aug 2013

Majlis Pertukaran dan Jamuan Hari Raya MGB Zon Trong 2013

MGB Zon Trong, telah menganjurkan satu Majlis bagi meraikan pertukaran, kemasukan Guru Besar dan Jamuan Hari Raya pada 29 Ogos 2013 di Hotel Seri Wawasan Taiping. Guru Besar yang diraikan pertukarannya ialah En. Shahuddin ke SK Seri Mutiara, En. Fezaruddin ke SK Kg. Boyan, En. Zainal Abidin ke SK Hj. Dahlan, Pn Maradziah ke SK Matang Gelugor dan Pn Goh ke SK Ngah Ibrahim. Sementara Guru Besar yang bertukar masuk ke Zon Trong ialah En. Ramlan Jafery ke SK Temelok, En. Ismail ke SK Padang Gajah dan Pn. Norisah ke SK Batu Hampar.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh En. Chung, Penyelia Sekolah PPD LMS. Semoga majlis tersebut akan dapat mengeratkan silaturrahim warga MGB Zon Trong, dimasa hadapan.